Dua murid diikat pada meja gara-gara tulis surat cinta

0
89

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

DUA orang murid sekolah rendah diikat pada meja oleh guru di sekolah kerana didapati menulis surat cinta ketika berada dalam kelas.

Gambar dua murid berkenaan ditular di media sosial dalam kejadian berlaku di Anantpur Andhra Pradesh, India, lapor Serambi Indonesia.

Salah seorang murid dikatakan penulis surat cita manakala seorang lain adalah murid yang mencuri surat tersebut sebelum menyebar kepada orang lain.

Kedua-dua mereka dari kelas yang berbeza, satu dari kelas 3, manakala satu lagi kelas 5.
Keduanya diikat kaki tangannya menggunakan tali sebelum diikut pula pada kaki meja sekolah di Kota Kadiri.

Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan seorang aktivis sosial bernama Achyuta Rao .
“Saya gembira jika seorang murid di sekolah rendah sudah boleh menulis surat cinta, bukan hanya surat (cuti) sakit. Ini membuktikan peningkatan kemampuan unttuk menulis berbanding biasa,” kata Achyutha Rao.

Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan menolak dakwaan bahawa murid itu diseksa.
Dia berkata, tindakan itu dilakukan ibu murid berkenaan.

“Saya tidak mengikat mereka. Ibu murid-murid itu sendiri mengikat mereka,” kata guru besar tanpa menjelaskan kenapa kedua-dua murid diikat.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here