PHOTO: cfr.org

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

RAKYAT komunis China akan diwajibkan wajah mereka diimbas apabila mendaftar untuk telefon baharu sebagai sebahagian daripada agenda pihak berkuasa untuk mengenal pasti identiti ratusan juta pengguna Internet di negara itu.

Peraturan yang diumumkan pada September lalu itu akan berkuat kuasa hari ini (Ahad).

Selain imbasan wajah negara China telah sejak sekian lama menggunakan kaedah teknologi pengecaman muka bagi memantau pergerakan dan kegiatan rakyatnya.

Langkah terbaharu ini menurut kerajaan China ialah bagi melindungi hak-hak sah dan kepentingan rakyatnya dalam alam siber, lapor bbc.com.

Buat masa ini China mendahului negara-negara lain di dunia dalam penggunaan teknologi tersebut, tetapi pemesatan pelaksanaannya telah mencetuskan perbahasan sejak beberapa tahun ini.

Ramai yang mempersoalkan kenapa langkah baharu ini diperlukan kerana peraturan mengemukakan kad pengenalan diterima sebagai pengesahan identiti.

Bagi pihak kerajaan pula peraturan tersebut bertujuan untuk memastikan semua pengguna tidak menyalahgunakan dan menyamar identiti mereka bagi tujuan jenayah dan sebagainya.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here