FOTO: Epal ‘Cosmic Crisp’/Creative Commons.

Oleh FETTY RARA

PENGHASILAN jenis baharu epal yang mengambil masa selama 20 tahun hari ini mula dijual di Amerika Syarikat.

Diberi nama ‘Cosmic Crisp,’ kacukan antara epal Honeycrisp dan Enterprise itu mula ditanam di taman pertanian eksperimen Washington State University pada 1997.

Pelancaran epal berkenaan menelan belanja kira-kira RM41 juta (USD10 juta).

Spesies epal jenis baharu ini diusahakan secara eksklusif oleh pengusaha epal di Washington untuk jangka masa selama 10 tahun sebelum dibenarkan di kawasan lain.

Menurut Kate Evans yang mengetuai program penghasilan epal ini Cosmic Crisp begitu rangup dan mempunyai rasa manis dan kelat yang seimbang serta kandungan jus yang tinggi.

Beliau berkata isinya pula mengambil masa lama untuk menjadi buruk dan buahnya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama antara 10 hingga 12 bulan.

Lebih 12 juta pokok epal Cosmic Crisp telah ditanam setakat ini di bawah syarat pelesenan yang ketat.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here