FOTO: wikimedia commons.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF
KEBANYAKAN kes baharu HIV di Malaysia didapati membabitkan golongan muda millenial berumur antara 20 dan 29 tahun.

Daripada sejumlah 3,293 jangkitan terbaharu tahun lalu, golongan berkenaan mencatatkan sebanyak 45% kes (1,479).

Dapatan ini diperoleh daripada Bahagian Kawalan Penyakit HIV/Penyakit Menular Secara Seksual/ Hepatitis Sektor C Kementerian Kesihatan.

Kumpulan kedua kes-kes terbaharu HIV didapati daripada kumpulan berusia 30an yang mencatatkan 31.7% (1,045), diikuti dengan rakyat Malaysia berumur di antara 40 hingga 49 tahun seramai 439 (13%).

Usaha untuk membanteras HIV dan AIDS sejak 10 tahun lalu yang dijalankan oleh pihak kementerian bagaimana pun menunjukkan penghasilan positif dengan penurunan sebanyak 65%, lapor The Star yang memetik sumber kementerian hari ini.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here