KEDUDUKAN Universiti Dunia QS: Asia 2020 menganugerahkan National University of Singapore sebagai universiti terbaik di Asia untuk tahun kedua berturut-turut.

Sebuah lagi universiti Singapura, Nanyang Technological University, telah naik ke tempat kedua, menggantikan University of Hong Kong (ke-3).

QS telah menyenaraikan kedudukan 550 institusi pendidikan terbaik di Asia daripada 18 lokasi, berdasarkan kaedah sebelas-metrik yang tersuai.

Set data yang disediakan termasuklah tinjauan terbesar dunia berkenaan akademik global dan pandangan majikan berkenaan kualiti universiti, dengan mengambil kira pandangan lebih 90,000 fakulti akademik dan pemimpin, serta lebih daripada 44,000 majikan.

  • Singapura memanfaatkan pelaburan dan pengantarabangsaan: sementara sistem yang lain sedang berusaha untuk menyaingi mereka, Singapura terus cemerlang.
  • Tanah Besar China mendominasi kedudukan dengan bilangan universiti yang banyak, dengan keseluruhan 118 universiti dan empat universiti berada dalam kedudukan 10 terbaik: sebuah kemajuan yang menakjubkan. Hingga 2015, hanya sebuah universiti dari Tanah Besar China dipaparkan dalam kalangan sepuluh terbaik Asia.
  • Hong Kong, tiga universiti terbaiknya setiap satu turun satu anak tangga, sementara empat universiti yang seterusnya telah naik dan juga terdapat kemasukan universiti yang baharu. Prestasi Wilayah Tadbir Khas dalam kedudukan ini masih belum dipengaruhi pergolakan awam yang masih berlarutan.
  • India mempunyai 96 universiti termasuk 20 kemasukan baharu namun tiada yang berada pada kedudukan 30 universiti terbaik; Indian Institute of Technology Bombay merupakan universiti terbaik dari India, dengan kedudukan ke-34 di Asia.
  • Jepun telah menunjukkan tahun yang lembap. Meskipun ia mempunyai lapan universiti pada kedudukan 30 terbaik dan mempunyai 87 universiti yang tersenarai, kebanyakan universiti telah menurun. Pengunduran relatif dalam penunjuk penyelidikan, merupakan penyumbang terbesar dalam prestasi yang sederhana ini.
  • Korea Selatan, dengan 71 universiti yang tersenarai, menunjukkan sebuah corak yang berterusan dalam kejatuhan kecil, dengan Seoul National University terkeluar daripada senarai sepuluh terbaik. Bagaimanapun, masih terdapat tujuh universiti Korea yang berada dalam kedudukan 100 yang terbaik.
  • Malaysia terus menunjukkan kemajuan yang patut diberikan perhatian, dengan cemerlang dalam penunjuk reputasi, kriteria rangkaian penyelidikan antarabangsa, dan metrik pengantarabangsaan. 21 daripada 29 universitinya telah menunjukkan peningkatan.
  • Thailand mempunyai dua universiti dalam kedudukan 50 universiti terbaik, tambahan satu lagi berbanding tahun lepas.
  • Juga dipaparkan dalam kedudukan universiti dari negara-negara berikut: Bangladesh, Brunei, Indonesia, Macau, Mongolia, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Vietnam.
–BebasNews/PRnewswire
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here