Kitab selamat tinggal dunia

0
198

SIAPAKAH manusia yang paling bijak? Lazimnya pasti ramai yang akan menjawab…mereka yang memiliki ijazah akademik berjela-jela.

Jawapan ini betul tapi kurang tepat. Islam iaitu satu agama yang syumul telah memberikan garis panduan sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah ditanya:

“Siapakah dalam kalangan Mukmin yang paling bijak? Rasulullah SAW
bersabda; “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang yang
bijak.” – Riwayat Ibnu Majah.

Ingati kematian merupakan “brek terbaik” dalam kehidupan seorang manusia.

Dengan ingati kematian:

* Membuktikan bahawa segala harta dunia yang dimiliki tidak akan dibawa ke dalam kubur.

* Hidup sebenar bermula di akhirat bukannya apa yang dinikmati di dunia fana.

* Segala perbuatan sama ada baik atau jahat di dunia, pasti mendapat balasan di akhirat, meskipun sekecil zarah.

Hayati tazkirah dalam video ini untuk menambahkan ketakwaan kita kepada Allah. Semoga bermanfaat untuk semua.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here