Boleh tunai umrah sesingkat tiga hari

0
358

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

DENGAN manfaat kemajuan teknologi, kini umat Islam boleh menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah secara lebih efisien dan murah.
Kemudahan ini ditawarkan oleh sekumpulan anak muda Indonesia melalui platform dikenali sebagai Umra.id, lapor Detik.com

Didakwa sebagai platform umrah pertama seumpamanya di dunia, seseorang itu boleh melaksanakan ibadah umrah secara individu tanpa perlu mengikuti rombongan.

Umra.id juga mendakwa keselamatan dijamin oleh Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU) dan PT Central Global Network (CGN).

Pengarah CGN Ma’an Muadz mengatakan melalui Umra.id, pengguna boleh merancang dan melaksanakan perjalanan umrahnya sendiri dengan lebih murah dan juga memendekkan waktunya.

Ini dilakukan bermula dengan menempah tiket pesawat, hotel, visa, tempoh, waktu perjalanan, dan insurans perjalanan.

“Kebiasaan umrah konvesional menawarkan pakej umrah paling singkat selama 9 hari. Kini ia dapat disingkatkan kepada 3 hari. Ini memudahkan mereka yang kesuntukan masa,” kata Ma’an dalam kenyataan medianya baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Umra.id, Ahmad Huseini mendakwa pihaknya boleh menawarkan umrah kurang 9 hari dengan pakej paling murah sebanyak Rp14 juta (kira-kira RM4,200).

“Ini bermakna seseorang itu akan berangkat ke Makkah pada hari Khamis, pulang Ahad, singkat tanpa menjejaskan syarat dan rukun umrah,” kata Ahmad.

Menurut data Kementerian Agama, umat Islam berusia antara 25-50 tahun mendominasi bilangan jemaah umrah Indonesia.

“Pada usia tersebut, mereka educated dan mandiri serta terbiasa bertransaksi apapun melalui peralatan teknologi,” tutupnya.

Umra.id boleh diakses di Android dan iOS.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here