Jerangkap samar: Lelaki maut terkena jerangkap samar sendiri

0
226
GAMBAR Hiasan/Foto: Alexander Reben.

Oleh FETTY RARA

SEORANG warga emas berumur 65 tahun maut apabila menjadi mangsa jerangkap samar yang dipasang sendiri di rumahnya.

Susulan kejadian di bandar Van Buren, Maine, Amerika Syarikat itu, Ronald Cyr menghubungi polis dan memberitahu bahawa beliau telah ditembak, lapor bbc.com.

Setiba ke rumahnya polis mendapati bahawa sebuah pintu telah dipasang dengan jerangkap samar menggunakan pistol dan sekiranya sesiapa memasuki tanpa kebenaran alat tersebut akan diaktifkan.

Begitulah terjadinya kepada Cyr yang dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia kerana kecederaan serius.

Di Amerika Syarikat memang kebiasaan bagi pemilik rumah memasang jerangkap samar, tetapi ia adalah salah di sisi undang-undang.

Tidak dapat diketahui bagaimana mangsa mengaktifkan sistem jerangkap samar yang dipasangnya itu.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here