MOTAC tak lulus peragaan bertatoo separuh bogel

0
341

PUTRAJAYA — Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah meluluskan sebarang perayaan separuh bogel yang dianjurkan Ekspo Tattoo Malaysia 2019, kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata, adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan

penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu.

“Itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu susulan

peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

“Saya sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular gambar-gambar lelaki dan wanita bertatoo separuh bogel yang menyertai ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Ekspo itu turut mendapat spkongan MOTAC seperti ya g tertera di di layar belakang pentas.

Ekspo berkenaan berlangsung pada 29 November sehingga semalam.

Penganjuran tersebut telah berjaya menghimpunkan peserta dari 35 buah negara berbanding penganjuran pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang diadakan di Sabah sebelum ini.

MyCeB dalam kenyataan awal menyebut sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.

Mohamaddin berkata, pihaknya sedang menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan.

Terbaharu, pihak pengajur acara tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan.

kenyataan media tattoo latest
-BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here