Tiga di penjara seumur hidup kerana kemalangan di Bangladesh

0
219
REAKSI seorang tertuduh selepas hukuman dijatuhkan / Foto Dhaka Tribune.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEBUAH mahkamah di Dhaka menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua pemandu bas dan seorang pembantu pemandu bersabit kes kematian dua pelajar kolej dalam kemalangan jalan raya di bandar raya itu tahun lalu.

Setelah 16 bulan kemalangan yang mencetuskan protes pelajar di seluruh negara, Hakim KM Imrul Kayes menjatuhkan hukuman semalam.

Dua lagi tertuduh dibebaskan kerana pembabitan mereka tidak dapat dibuktikan secara konklusif, lapor akhbar Dhaka Tribune hari ini.

DUA daripada mangsa kemalangan pada tahun lalu/ Foto: Dhaka Tribune.

Dalam menjatuhkan hukuman itu hakim menjelaskan bahawa pelajar-pelajar tersebut tidak dapat mengelak daripada menjadi mangsa teraniaya di bawah tayar bas sebegitu kerana kecuaian dua pemandu dan pembantu pemandu berkenaan.

Beliau juga menegaskan bahawa saingan dalam kalangan pemandu bas untuk meraih keuntungan berikutan desakkan pemilik syarikat perlu dihentikan segera.

Pada 29 Julai tahun lepas, Shaheed Ramzi Uddin dan Diya Khanam Mim pelajar maut di tempat kejadian sementara beberapa orang yang lain tercedera  apabila sebuah bas milik syarikat pengangkutan Jabal-e-Noor merempuh mereka ketika berlumba dengan sebuah bas daripada syarikat yang sama.

RUSUHAN pelajar di Bangladesh berikutan kemalangan yang menyebabkan dua pelajar kolej terbunuh / Foto: Dhaka Tribune.
-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here