White House: Trump tidak akan hadir pendengaran pemecatan beliau

0
185
PHOTO: Creative Commons.

Oleh FETTY RARA

WHITE House berkata President Amerika Syarikat Donald Trump dan panel peguamnya tidak akan hadir pada pendengaran pemecatan beliau di hadapan Dewan Perwakilan AS pada Rabu.

Dalam surat yang dihantar kepada Jawatankuasa  Kehakiman sebelum ini, Peguam White House, Pat Cipollone berkata ini kerana mereka merasakan bahawa Trump tidak akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya, lapor bbc.com

Minggu lalu Pengerusi Jawatankuasa, Jerold Nadler berkata Trump boleh pilih sama ada hadir atau jangan lagi mengadu tentang proses yang dijalankan.

White House, bagaimana pun, tidak berkata sama ada Trump akan hadir pada pendengaran kedua nanti, selain menyatakan bahawa respons akan diberikan kemudian.

Surat oleh Cipollone itu antara lain mendakwa bahawa pihak Jawatankuasa Dewan Perwakilan langsung “tidak patuh kepada proses asas keadilan’ semasa penyiasatan dilakukan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here