Chef Wan sedih ibu diperlakukan seperti bola sepak oleh adik beradiknya

    1
    1081

    Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

    CHEF Wan atau Datuk Redzuan Ismail menegur adik beradiknya kerana tidak berapa rela menjaga ibu mereka, Noraini Abdullah.

    Chef selebriti berusia 61 tahun itu bertindak demikian melalui Instagram baru-baru ini dengan dakwaan bahawa mereka telah mengabaikan Noraini yang lebih mesra dipanggil Cik Ani.

    Berikutan keadaan itu Chef Wan berharap ibunya akan menetap di rumah beliau, lapor NST.

    Menurut beliau ibu mereka dilakukan seperti bola sepak kerana dihantar ke rumah adik beradiknya mengikut giliran, dan jika diberi pilihan beliau lebih suka sekiranya Cik Ani terus tinggal bersamanya.

    Bagaimana pun, jika diatur secara demikian beliau berkata mungkin tidak adil kerana Cik Ani juga ibu mereka.

    Tambahnya lagi, Cik Ani tinggal dua atau tiga minggu dengan beliau, tetapi akan berasa rimas dan ingin ke rumah adiknya di Lumut pula.

    Chef Wan berkata beliau ingin membuka mata adik-adiknya supaya mereka sedar cara bahawa mereka sepatutnya menjaga ibu mereka itu dengan lebih sempurna.

    Beliau berkata ibu mereka diabaikan pada tahun lepas dengan memberi pelbagai alasan dan setelah beliau bersuara tentang kelakuan mereka itu baharu mereka bersetuju menjaga Cik Ani dua minggu seorang.

    Suara hati Chef Wan yang tular dalam media sosial telah mendapat pujian daripada ramai peminat beliau.

    -BebasNews
    Please follow and like us:
    error

    1 COMMENT

    1. Sebelum sang anak derhaka pada orang tua nya; Orang tua nya terlebih dahulu menderhakai amanah yang dipikul berkenaan anak tersebut

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here