Gelandangan masuk hospital, tapi dia tidak keseorangan

0
360

Oleh FETTY RARA

STAF hospital sentiasa menyaksikan pelbagai situasi dramatik setiap hari, tetapi kadangkala mereka berdepan dengan pengalaman yang amat menyentuh hati, seperti laporan dalam video ini (Bahasa Inggeris) yang dikongsi oleh jururawat Brazil Cris Mamprin.

Pada suatu hari kira-kira pukul 3.00 pagi Cris seperti biasa menjalankan tugasnya apabila seorang gelandangan bernama Cesar dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Bagaimana, sejurus kemudian Cris perasan bahawa Cesar tidak keseorangan kerana beberapa kawannya setia menunggu di pintu masuk hospital Alto Vale di Santa Clara, Brazil itu.

Kawan-kawannya itu terdiri daripada empat ekor anjing yang menunggu dengan wajah yang kelihatan penuh kebimbangan.

Sebenarnya Cesar sentiasa membantu anjing-anjing tersebut semasa sihat dan sanggup tidak makan tetapi memberi apa sahaja makanan yang ada kepada mereka.

Setelah beberapa lama di situ dan Cesar semakin pulih staf hospital mempelawa anjing-anjing tersebut masuk supaya dapat berada di sisinya.

Apabila Cesar diberi makanan, beliau tidak lupa untuk berkongsi dengan anjing-anjing yang setia itu.

Peristiwa tersebut membuktikan  betapa kebaikan hati seorang manusia dengan haiwan, walaupun seorang gelandangan serba daif meletakkan dirinya pada tahap kemuliaan yang tiada nilainya berbanding golongan yang serba kaya tetapi tiada perasaan sebegitu.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here