Masa akan datang komputer guna kuasa magnet

0
174

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PENYELIDIK di Massachussets Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat berjaya membangunkan papa litar baharu yang lebih inovatif bagi membolehkan komputeran lebih tepat tanpa penggunaan kuasa elektrik.

Reka bentuk baharu itu sebaliknya menggunakan gelombang magnetik yang merupakan anjakan penting ke arah pembangunan gajet berkuasa magnet.

Dinamakan ‘spintronics’ gajet-gajet tersebut berpotensi berfungsi dengan lebih bertenaga dan efisien berbanding kaedah elektronik.

Selama ini komputer klasik yang bergantung pada penggunaan kuasa elektrik yang tinggi didapati membazir begitu banyak haba. Sebaliknya gajet-gajet spintronic hanya menggunakan kuasa elektrik minimum dan menghasilkan haba jauh lebih rendah atau pun tiada langsung, lapor medium.com.

Profesor Luqiao Liu dari Jabatan kejuruteraan Elektrik dan Sains Komputer (EECS) MIT berkata usaha kini tertumpu pada mencari penyelesaian komputeran  selain penggunaan silikon.

Justeru, menurut beliau komputeran menggunakan kuasa gelombang magnet akan muncul sebagai dimensi dunia teknologi komputer alaf baharu.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here