Tak payah minyak: AS akan guna tenaga suria dari angkasa lepas

0
217
ILUSTRASI: Konsep SPS-ALPHA/ John C. Mankins Space Technology. Inc.

Oleh FETTY RARA

AMERIKA Syarikat semakin hampir kepada kaedah teknologi penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan cara memancarkan kuasa solar ke bumi dari angkasa lepas.

Menurut laporan yang disiarkan oleh majalah Wired konsep tersebut yang memanfaatkan tenaga suria melalui satelit telah dikaji sejak beberapa tahun, walaupun ia dianggap masih terlalu mahal.

Bagaimana pun, kaedah tersebut mempunyai banyak kelebihan kerana di angkasa lepas cahaya suria sentiasa ada tanpa disekat oleh perubahan cuaca.

Kaedahnya sekarang ialah memancarkan tenaga suria secara lebih efisien ke kawasan-kawasan terpencil di bumi.

Pada Oktober lalu, Makmal Penyelidikan Tentera Udara Amerika Syarikat telah mengumumkan peruntukan sebanyak USD100 juta bagi pembangunan perkakasan yang akan digunakan untuk teknologi berkenaan.

Untuk rekod, Amerika Syarikat bukan satu-satunya negara yang sedang meneroka peluang tersebut, China dan Jepun juga mempunyai rancangan untuk membina stesen-stesen angkasa lepas bagi tujuan yang sama.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here