Dilema Melayu: apakah Mahathir mula pelupa?

Dilema Melayu: apakah Mahathir mula pelupa?

  APAKAH dalam usia 94 tahun Tun M sudah dijangkiti pelupa? Mengapakah dia suka membuat kenyataan yang bercanggah sekarang? Apakah dia tidak mampu lagi mengatasi gunting dalam lipatan PH, kerakusan PKR dan DAP yang gila kuasa hingga sanggap menggerhanai PM sendiri? Umat Islam marah kerana Dr Zakir Naik, pendakwah bertaraf dunia, menjadi modal politik golongan […]

Mahathir Oh Mahathir

Mahathir Oh Mahathir

MENGIKUT kisah dalam ‘Ramayana’ Sri Rama menaiki rata. Dalam ‘Hikayat 1001’ Malam pula kisah permaidani terbang sebagai kenderaan mereka yang punya kesaktian kuasa. Hari ini Tun Mahathir, PM berusia 94 tahun, masih bertenaga mengembara dari negara ke negara lain dengan private jet milik kerajaan. Bagi seorang lagi yang meroyan menjadi PM dia pinjam private jet […]

Dilema Melayu: Tun M digugat

Dilema Melayu: Tun M digugat

TALI hayat PH tidak sampai PRU 15. Ada gunting dalam lipatan, ada api dalam sekam, ada puak gila kuasa. Tun M seolah-olah sendirian menghadapi gugatan dan gigitan akibat mainan politik songsang para rakan dalam PH sendiri. Malah BERSATU sendiri membisu. Depan Tun M angguk seperti kaldai. Otak di lutut, mimpi kereta terbang, kasut hitam untuk […]

Memo kepada Tun M: Jangan silap pilih

Memo kepada Tun M: Jangan silap pilih

Ilustrasi: The Destruction of Sodom and Gomorrah oleh John Martin, 1852. DALAM usia 94 tahun dan kali kedua jadi PM pertimbangan politik Tun mendapat sorotan rakyat dalam dan luar negara. Rakyat Malaysia terhutang budi kepada Tun sebagai panglima perang menumbangkan maharaja penyamun kelas cakerawala. Allah memberkati perjuangan Tun, dan rakyat menyokong dengan penuh semangat. Sebelum Tun […]

Muhyiddin Yassin ukur baju di badan sendiri

Muhyiddin Yassin ukur baju di badan sendiri

DI padang tanpa helang kata belalang akulah helang. Dalam BERSATU Muhyiddin bukan bertaraf helang. Dia hanya belalang yang sedang sakit. Tentulah tidak masuk akal belalang sakit hendak menguasai padang yang luas, penuh dengan serangga dan pemangsa aneka jenis. Kalau dia berpegang kuat pada tali Allah, maklumlah anak seorang ulama di Muar, tentulah dia insaf kekurangan […]

Perpaduan Melayu bukan mitos

Perpaduan Melayu bukan mitos

Oleh YAHAYA ISMAIL   DULU kata orang letak beruk sebagai calon UMNO pasti dia menang walau pun statusnya beruk. Hari ini beruk sudah jadi naga sakti yang gila kuasa, super korup, zalim, bodoh sombong,  munafik, menipu Allah, menjajakan dongeng syurga dunia untuk rakyat jelata. Dengan kuasa Allah beruk-beruk ini masih berkeliaran hanya menunggu masa untuk […]

Dilema Melayu, Tengku Razaleigh (Ku Li) bakal PM

Dilema Melayu, Tengku Razaleigh (Ku Li) bakal PM

MAAF cakap saya bukan nujum sangkarama Sebagai seorang pengkaji politik selama 40 tahun dan menghasilkan lebih 50 buku politik, serta mengenali para pemimpin berbagai parti dari dekat, izinkanlah saya memberi pandangan mengenai seorang tokoh paling berwibawa untuk menjadi PM kelak. Beliau ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). 1. Beliau berkecimpung dalam dunia politik lebih 50 […]

Anwar Menggugat Mahathir?

Anwar Menggugat Mahathir?

Oleh Yahaya Ismail ANWAR IBRAHIM disintuklimau masuk UMNO, menjadi pemimpin dan menteri sampai  tahap timbalan perdana menteri merangkap timbalan presiden UMNO oleh Mahathir. Mahathir merhaban dengannya kerana menganggap dia seorang pejuang Islam nombor wahid, retorikanya membakar semangat, mengejutkan ayam dan itik. Lagi pula dia dikenali ramai para pemimpin Islam dari berbagai pelusuk dunia selain berjinak […]