Baru selesai arah dua filem, satu sitkom – Ahmad Idham

0
327

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SELAIN sibuk mengurus restoran masakan Korea, pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nazri tidak pernah melupakan kerjaya seninya yang dimulakan sejak 1994 itu.

Menurut Idham, 44, beliau baru saja selesai mengarah dua buah filem, drama dan berlakon.

“Saya baru selesai mengarah dua filem seram bertajuk Town Mall yang dipetik daripada salah satu novel seram terbaik terbitan Buku Prima.

“Sebuah lagi ialah Anak Perjanjian Syaitan sebuah filem seram dari idea asal saya yang mana saya dapat ilham dari beberapa kes yang melibatkan gadis diperkosa bomoh yang banyak dalam berita baru-baru ni,” ulasnya.

Idham yang juga terkenal dengan watak Iskandar dalam sitkom Spanar Jaya yang popular pada 1999 hingga 2005, kini diberi tanggungjawab sebagai pengarah dalam sitkom tersebut selain berlakon.

“Saya juga baru selesai mengarah dan berlakon di dalam sitkom Spanar Jaya X yang diterbitkan semula oleh Puan Sri Tiara Jacquelina untuk TV3,” katanya.

Sementara itu, restoran Idham yang dikenali sebagai Gang Jung Ene itu baru dibuka pada 20 Disember lalu di pusat beli-belah Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Restoran yang bakal dilancarkan pada Januari ini dibuka secara usaha sama bersama rakan niaga, Kwon dari Korea Selatan.

– BEBASnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here