Grand Final DAA4: Ketiga-tiga finalis adalah ‘juara’

0
261
Gambar atas: Selfi menerima hadiah daripada Direktur Utama Indosiar, Drs Imam Surjarwo.

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

DANGDUT Academy Asia 4 (DAA4) yang melabuhkan tirainya di Jakarta malam tadi berjaya melahirkan penyanyi dangdut terkini berkualiti tinggi yang mampu ‘menghidupkan’ dangdut ke seantero dunia.

Pandangan ini diberikan oleh para komentator dan juri pertandingan itu.

Setelah empat kali DAA dianjurkan, DAA4 ini dianggap paling sengit dan paling berkualiti.

Indonesia menguasai tangga pertama dan kedua sejak tahun pertama DAA, namun DAA4 dianggap paling sengit dan berkualiti tinggi, seperti pertarungan dua negara Malaysia-Indonesia.

Malaysia pernah menduduki tempat ketiga dalam DAA 1, Thailand (DAA2) dan Timor Leste (DAA3). Namun grand final DAA4 dianggap paling sengit dan berkualiti.

Dalam pertarungan selama dua malam itu ketiga-tiga peserta, Selfi (Selfiyani, 19); Rara (Tiara Ramadhani, 17) dan Zam Ryzam (Naidatul Zamrizam Arsad, 23) bersaing secara sihat dengan mengeluarkan kebolehan ‘berdangdut’ masing-masing.

Ketiga-tiga memperlihat kebolehan berduet dengan ratu pop Indonesia, Rossa.

Kesemua juri yang hadir secara langsung di studio sepakat menyatakan adalah sukar untuk memberikan perbezaan markah antara satu sama lain.

Namun dalam pertandingan pasti akan ada pemenangnya. Selfi dinobat sebagai Juara 1 (1157 markah), Juara 2 Rara (1148) dan Juara 3 Zam Ryzam (1134).

Selfi memukau dengan cengkokan dangdut tersendiri. Rara pula memperlihat kehebatannya menyanyikan lagu berentak rock-dut sambil bermain gitar. Zam Ryam pula yang sebelum ini dianggap pemalu, keluar dari zon selesanya dengan menyanyi sambil menari.

Selfie menerima Rp 200 juta (sekitar RM60,000), Rara Rp 100 juta (sekitar RM30,000) dan Zam Ryzam Rp50 juta (sekitar RM15,000).

Sefie yang mendahului sejak malam pertama turut menerima hadiah peribadi bernilai Rp10 juta (RM3,000) daripada komentator Soimah Pancawati.

Komentator Mas Idayu turut menunaikan janjinya untuk memberikan hadiah kepada pemenang. Dia memasangkan rantai tangan untuk Selfie dan Rara. Pada malam sebelumnya, Mas Idayu memberikan hadiah berupa jam tangan kepada Zam Ryzam.

Seorang lagi komentator, Nassar Sungkar turut memberikan hadiah peribadi. Nassar memberikan seutas gelang kepada Rara. Sementara Selfie diberikan seutas gelang dan cincin. Zam Ryzam pula dihadiahkan pakaian pentasnya yang baru sekali dipakainya.

– BEBASnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here