Indonesia: Tidak benar Jokowi rasmi patung Jesus terbesar di Toraja

0
148
Gambar atas: Patung besar Jesus didakwa terbesar di dunia yang dibina di Toraja, selatan Sulawesi, Indonesia / Foto: Makassar.tribunnews.com

 

Sejak kelmarin banyak ditularkan berita dan komen pelbagai sudut pandangan tentang dakwaan perasmian sebuah patung besar Jesus oleh Presiden Jokowi di wilayah Toraja, Indonesia.

Kepada persoalan ramai yang tidak mengetahui secara menyeluruh keadaan sebenar, pejabat presiden memberikan penjelasan bahawa Jokowi belum memberikan kata putus sama ada bersetuju untuk merasmikan mercu tanda Kristian Katolik di wilayah berkenaan.

Antara sebab keputusan belum dapat diberikan termasuk kerana bangunan kompleks di mana patung itu dibina belum disiapkan sepenuhnya.

Walau bagaimana pun, alam maya yang kini pekat dengan pelbagai saluran media sosial secara pantas meniup angin kepalsuan memesongkan berita sebenar sama ada untuk kepentingan politik yang menunggang sentimen keagamaan atau disengajakan bagi menimbulkan kegusaran rakyat.

Foto: Detik,com

Antara post yang ditularkan termasuk gambar Jokowi bersama ulama Islam dan paderi Katolik yang dikatakan berada di lokasi berkenaan bagi merasmikan patung tersebut.

Sebenarnya gambar-gambar Jokowi itu diambil daripada majlis kerajaan yang berlangsung pada 23 Disember dan tidak mempunyai kaitan dengan isu yang ditularkan.

Wilayah Toraja merupakan sebuah daerah pergunungan di selatan Sulawesi dengan majoriti penduduk etniknya beragama Kristian.

Bagi pihak pelancongan Indonesia, pembinaan patung Jesus yang dikatakan terbesar di dunia itu kini menundukkan rekod patung di Rio de Janeiro, Brazil.

Ia merupakan aset pelancongan baharu ke Indonesia, selepas tapak bersejarah Borobodur dan lain-lain di negara tersebut.

 

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here