PAT BERSATU – Saya sangat pemaaf – Tun M

0
101
Gambar atas: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan beliau ketika mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Armada selepas sesi penggulungan bersempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM kali ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)/Foto NSTP

 

PUTRAJAYA: Sikap ambil jalan mudah dengan hanya menyokong individu ketika berkuasa ialah perkara lumrah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kelompok ibarat lalang kerana menjauhkan diri daripada individu yang hilang kuasa sebenarnya terlalu banyak di negara ini.

“Ya, kita tahu sesetengah orang dia cari jalan yang mudah, bila ada orang berkuasa, dia sokong orang berkuasa, masa saya tiada kuasa, dia tidak sokong.

“Sudah berkuasa balik, dia sokonglah, banyak orang macam itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi ramah mesra dengan perwakilan ARMADA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Tan Sri Dr Lim Kok Wing, semalam dilaporkan memuji saranan Dr Mahathir bahawa usaha mencapai matlamat ke arah negara lebih maju berupaya dilaksanakan menerusi penyatuan hati dan tekad dalam kalangan rakyat.

Kenyataan dipercayai menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri itu bagaimananpun disanggah Datin Paduka Marina Mahathir yang membidas sikap Kok Wing, selain mempersoalkan pendiriannya menjauhkan diri daripada Dr Mahathir sebelum Pakatan Harapan (PH) berjaya memegang tampuk pemerintahan kerajaan.

Ditanya reaksi ‘pusingan U’ ditunjukkan Kok Wing dan kenyataan Marina, Dr Mahathir berkata: “Saya insan yang sangat pemaaf. Awak pun saya maafkan” sambil mengukir senyuman kepada pemberita.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika menyampaikan ucaptama berkata, golongan belia seperti ARMADA ialah generasi pelapis dan harapan bangsa untuk mengubah nasib Melayu.

Bagaimanapun, katanya, matlamat itu hanya berupaya dicapai jika ARMADA dan belia di negara ini menerapkan kesungguhan dalam terus berusaha hingga melakar kejayaan, berbanding hanya mengharapkan ‘bulan jatuh ke riba’.

“Kita sudah lihat bagaimana parti Bumiputera Melayu yang ditubuhkan 60 tahun dulu, sekarang ini sudah tiada, kenapa ia berlaku? Tidak lain kerana perjuangan mereka berteraskan sifat untuk kayakan diri sendiri.

“Oleh itu, rakyat tolak mereka bulat-bulat, kita juga daripada jenis yang sama. kalau terperangkap dengan sifat sedemikian, kita juga akhirnya akan tersungkur dan tersingkir.

“Diharapkan ARMADA bertukar menjadi manusia berjaya dengan membanting tulang dan memerah keringat dalam menggandakan usaha, bukan tunggu kejayaan datang bergolek,” katanya.

 

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/514172/saya-sangat-pemaaf-tun-m

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here