Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata mangsa tidak sepatutnya dipersalahkan dalam isu dakwaan bahawa terdapat buku teks sekolah rendah yang seolah-olah meletakkan kesalahan terhadap mangsa dalam isu-isu ‘penjagaan kehormatan seksual”.

Dalam satu post di laman Facebooknya hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang mengutarakan perkara ini untuk perhatian beliau.

Beliau seterusnya berkata tindakan susulan untuk membetulkan perkara tersebut akan dilakukan secepat mungkin.

Susulan itu beliau berharap agar semua pihak sama-sama mendidik anak-anak cara betul.

Isu tersebut mula dibangkitkan oleh pengguna Twitter Azrul Mohd Khalib setelah memuat naik gambar daripada buku teks yang memaparkan kanak watak ‘Amira’ yang menjadi ilustrasi konteks ‘menjaga kehormatan anggota seksual”.

Bahagian ‘cara dalam buku berkenaan menyatakan pemakaian yang sopan, menutup pintu bilik ketika menyalin pakaian dan tidak menggunakan laluan sunyi.

Bahagian “kesan” berkaitan hal-hal tersebut menyatakan tiga perkara, iaitu mendapat malu dan emosi terganggu, tidak disukai rakan, dan maruah keluarga tercalar.

Azrul berkata, “Sikap menyalahkan mangsa tidak boleh diterima. Bukan saja ia meletakkan tanggungjawab mengelakkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak perempuan itu, tetapi juga memberi gambaran bahawa dia turut merupakan faktor gangguan seksual terjadi.

Isu berkenaan sedang hangat mendapat pelbagai komen dalam media sosial.

 

-BebasNews

Leave a Reply