Keputusan Liga Super: Pahang benam KL

0
150
Gambar atas: Pemain pasukan Terengganu FC (TFC) Mohd Khairul Izwan Rosli (kiri) cuba menjaringkan gol selepas penjaga gol pasukan PKNS FC Muhammad Azrif Irfan Hashimuddin (kanan) tertewas pada saingan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Keputusan penuh TFC 1-1 PKNS FC. –fotoBERNAMA

 

KUALA LUMPUR – Dua jaringan pemain import, Dickson Nwakaeme membolehkan juara Piala FA, Pahang menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dalam saingan pembukaan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) malam tadi.

Gol pembukaan Pahang dijaringkan pemain dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-24 nama begitu pemain gantian, Afiq Ahmad Razali yang dimasukkan pada babak kedua meledakkan jaringan penyamaan buat Kuala Lumpur pada minit ke-48.

Nwakaeme terus cemerlang apabila menambah gol kedua Pahang tiga minit selepas jaringan penyamaan K. Lumpur dan pemain itu meledakkan jaringan ketiga beberapa minit sebelum perlawanan 90 minit berakhir.

Dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula tuan rumah Terengganu sekadar mengutip satu mata apabila terikat dengan keputusan 1-1.

Naib juara Piala Malaysia itu gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk mengutip tiga mata berharga.

Terengganu tersentak apabila dikejutkan dengan jaringan PKNS FC hasil tandukan Nicholas Ryan Swirad pada minit ke-65 dan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan pemain gantian Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-88.

 

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here