(GAMBAR ATAS) DARI kiri: Pemain-pemain terbaik, Ainool Hafizs Yatim (Negeri Sembilan) dan Rosman Zakaria (Tentera).

 

Oleh TL ANG

KEJOHANAN Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja membuka tirai persaingan bagi musim ini dengan juara bertahan Negeri Sembilan menang besar; dengan ining dan 130 larian ke atas Kedah di Kajang Oval, Selangor pada 16 dan 17 Februari lalu.

Dengan pengumpulan ining pertama berjumlah 357-8, pasukan juara itu mudah meratahkan Kedah apabila hanya membenarkan skuad utara itu melakukan 117 dan 110 larian.

“Kami mahu mempertahan kejuaraan lagi. Ini baharu permulaan dan tunggu pertemuan kedua kami menentang Selangor bulan depan,” kata pengurus Negeri Sembilan, Harith Shariff yang berasal dari Kampung Gadong, Rembau.

Dalam satu lagi perlawanan, naib juara 2018, Tentera seri dengan Selangor, tetapi mengatasi lawan dalam pungutan mata berpandukan kecemerlangan ining pertama.

Pengerusi Persatuan Kriket Angkatan Tentera, Kolonel Noraman Ismail bagaimanapun berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya dan menjangka beberapa pertukaran pemain bakal dilakukan dalam pertemuan kedua nanti.

Kejohanan tahunan yang bermula sejak tahun 1951 itu dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN
(16 & 17 Februari 2019)

Perlawanan 1:
Negeri Sembilan kalahkan Kedah dengan ining dan 130 larian di Kajang Oval

Ining pertama:

Negeri Sembilan 357-8 (45 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 77, Ainool Hafizs Yatim 67, Azman Tajri 57, Mahathir Razali 41, Fendy Alias 25. Kamil Khirodin 3-109, Farhi A. Hamid 2-38.
Kedah 117 (40.4 over) Suhairi Mansor 43, Kamil Khirodin 24, Farhi A. Hamid 18. Ainool Hafizs Yatim 3-16, Azwar Tajri 3-23, Masrulnizam Masrom 3-26.

Ining kedua:

Kedah 110 (37.3 over) Maarof Radzi 29. Masrulnizam Masrom 4-18, Azwar Tajri 2-19.

Pemain terbaik: Ainool Hafizs Yatim (Negeri Sembilan)

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Magathewar Murugesu (SEL)

Perlawanan 2:
Tentera lwn Selangor berkesudahan seri di Bayuemas Oval.

Ining pertama:

Tentera 259 (72.3 over) Rosman Zakaria 56, Razman Zabri 52, Fatah Ibrahim 39, Bakri Amin Zulkifeli 33, Qayyum Khan Blukeni 19. Kairul Azrin Matsiah 3-78, Solihin Rusli 3-68, Norhamizan Hamidon 2-32.

Selangor 181 (65.4 over) Norhamizan Hamidon 53, Noor Afif Saufee 34, Kairul Azrin Matsiah 21, Amdam Wiliyoh 16, Zahid Adnan 16. Fhadli Ishak 3-40, Razman Zabri 3-40, Khairul Iman Moner 2-20.

Ining kedua:

Tentera 230-6 (54 over) Zaidan Taha Hasim kekal 94, Rosman Zakaria 49, Khairul Iman Moner 30, Nazri Noor 17, Razman Zabri 11. Solihin Rusli 2-26, Nik Nazran Sufri Anuay 2-44.

Pemain terbaik: Rosman Zakaria (Tentera)

Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Sivan Narayanan (SEL)

KEDUDUKAN MATA:

1. Negeri Sembilan 21.57

2. Tentera 11.89

3. Selangor 8.01

4. Kedah 3.87

5. Perlis –

— BebasNews

1 COMMENT

Leave a Reply