KARTUNIS popular Hello Boss yang sinonim dengan Utusan Malaysia, Zaidi Yusop atau lebih dikenali sebagai Dee telah meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi tadi (19 Februari) selepas dimasukkan ke hospital dekat Kuala Lumpur.

Allahyarham Zaidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sesak nafas pada pukul 7.15 pagi tadi.

Dimaklumkan jenazah telah dibawa ke Hospital Serdang, Selangor bagi tujuan pascanilai (post-mortem) dan setelah itu dibawa ke Masjid Besar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor sebelum dikebumikan.

— Utusan Online

http://www.utusan.com.my/berita/terkini/kartunis-hello-boss-dee-meninggal-dunia-1.843976

2 COMMENTS

  1. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

    Dee adalah kartunis yang sukar dicari ganti. Karyanya Hello Boss dinanti-nanti saban hari dan cukup mencuit hati.

    Seorang lagi Permata yang hilang dari Utusan…

    Al Fatihah

  2. Kartunis Dee sukar dicari ganti. Karyanya Hello Bos sungguh mencuit hati dan dinanti-nanti saban hari.

    Seorang lagi Permata hilang dari Utusan…

    Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah

Leave a Reply