Siapa yang rasis dan anti-Islam sebenarnya? Bukankah Guan Eng, tanpa secara sedar, telah menunjukkan wajah sebenar beliau dan DAP?

BERIKUT adalah kenyataan akhbar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung pendirian kontroversi dan berunsur hasutan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng mengenai kerjasama UMNO dan Pas:

a. Kenyataan Lim Guang Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai “perisytiharan perang” kepada bukan Melayu, adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan boleh mewujudkan suasana tidak baik antara kaum di negara ini. Walau kenyataannya diubah suai ia tetap tidak mengubah sikapnya. Ternyata kenyataan Guan Eng boleh mengapi-apikan pergaduhan kaum dan sangat tidak baik pada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

b. Apa yang dinyatakan itu juga membuktikan Guan Eng dihantui bayang-bayang sendiri dan jelas menunjukkan beliau sebenarnya mempunyai sikap yang tidak sesuai sebagai seorang pemimpin kerajaan.

c. Sebagai menteri kanan, Guan Eng sepatutnya berfikiran terbuka, positif dan bukan bertindak kiasu, malahan kenyataan beliau adalah bukti jelas, beliau seorang cauvinis dan suka membuat kenyataan berbau hasutan.

d. Tidak sekalipun kepimpinan UMNO dan Pas menyatakan kerjasama berkenaan bertujuan mengancam kaum lain atau bersifat perkauman. Ini kerana telah jelas diterangkan bahawa kerjasama UMNO dan Pas untuk perpaduan ummah tanpa mengetepikan kaum-kaum lain.

e. Malah pendirian politik UMNO dan Pas begini tidak salah dalam amalan demokrasi serta perlembagaan di negara ini. Kerjasama UMNO dan Pas dengan jelas dinyatakan akan menjaga serta menghormati agama dan kaum lain. Sebaliknya hanya Guan Eng yang mencipta fiksyen, sinetron dan sandiwara beliau sendiri.

f. Ini jelas menunjukan Guan Eng seorang yang berfikiran dangkal. Justeru, kita ingin bertanya, siapa yang rasis dan anti-Islam sebenarnya? Bukankah Guan Eng, tanpa secara sedar, telah menunjukkan wajah sebenar beliau dan DAP?

d. Kita minta Guan Eng hentikan episod wayang yang beliau mainkan. Rakyat mahu jawapan segera apa tindakan Kerajaan PH menyelesaikan isu kemelut ekonomi negara dan kos sara hidup, bukan kenyataan wayang yang tujuannya sekadar mahu mengalihkan isu. Apa yang jelas Guan Eng masih gagal mengendalikan ekonomi negara dengan baik.

https://youtu.be/1VwA5NKGojo

— BebasNews

Leave a Reply