Zia Izzuddeen (kanan) dan Zulaikah Nurziana Naseer bersama trofi yang dimenangi di Kejohanan Golf Amatur Tertutup Malaysia ke-53 dan Terbuka Melaka kali ke-51 di A'famosa Golf Resort, Alor Gajah, Melaka pada 7 Mac 2019.
(GAMBAR ATAS) ZIA IZZUDDEEN (kanan) dan Zulaikah Nurziana Naseer bersama trofi yang dimenangi di Kejohanan Golf Amatur Tertutup Malaysia ke-53 dan Terbuka Melaka kali ke-51 di A’famosa Golf Resort, Alor Gajah, Melaka pada 7 Mac 2019.

Kejohanan tersebut anjuran bersama Persatuan Golf Amatur Malaysia (MGA) dan A’Famosa Golf Resort disertai seramai 97 pemain berstatus pemain.

Oleh AMRAN MULUP

 
ZIA IZZUDDEEN dinobatkan sebagai juara gross kategori lelaki, manakala Zulaikah Nurziana Naseer bagi kategori perempuan di Kejohanan Golf Amatur Tertutup Malaysia ke-53 dan Terbuka Melaka kali ke-51 di A’famosa Golf Resort, Alor Gajah, Melaka pada hari ini (7 Mac).

Zia dengan handikap 0 melakukan catatan 222 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung meninggalkan G. Kuhanesh handikap 2 untuk muncul naib juara dengan 225 pukulan, manakala Zia Iqmal Abdul Rashid di tempat ketiga dengan 226 pukulan.

Bagi kategori perempuan gross pula, Zulaikah Nurziana mencatat 227 pukulan diikuti Foong Zi Yu muncul naib juara dengan catatan 228 pukulan dan Ashley Goh pula meraih tempat ketiga dengan 231 pukulan.

Bagi kategori nett lelaki pula dimenangi Wan Hasnul Daniel (14) dari Selangor mencatat 211 pukulan, naib juara menjadi milik Yusof Affandy Jamaludin (8) juga dari Selangor melakukan catatan 216, manakala G. Kuhanesh (2) pula berada di tempat ketiga melakukan 219 pukulan.

Bagi kategori nett perempuan pula dimenangi Kim Bitnara dari Korea Selatan mencatat 195 pukulan dan Ong Yen Xuan dari Selangor di tempat kedua dengan catatan 210 pukulan.

Kejohanan tersebut anjuran bersama Persatuan Golf Amatur Malaysia (MGA) dan A’Famosa Golf Resort disertai seramai 97 pemain berstatus pemain. Hanya 52 pemain iaitu 12 pemain perempuan dan selebihnya pemain lelaki melepasi cut-off pada saingan hari terakhir.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Zi berkata, sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung dia dapat memberi fokus walau pun bersaing dengan ramai peserta yang lebih hebat.

“Pukulan driving saya banyak membantu kerana bola tidak tersasar dari fairway selain putting saya cukup menjadi pada hari terakhir,” ujarnya ketika ditemui selepas menerima trofi selaku juara.

Dia hanya berupaya membenam empat birdie di lubang 4, 13, 14 dan 17 selain bogey di lubang 3 dan 16 serta double bogey di lubang 9 untuk keseluruhan mencatat 72 pukulan.

— BebasNews

Leave a Reply