Adakah darah askar Melayu, darah ketua kampung, darah imam-imam yang tumpah pada kala mempertahan kedaulatan Tanah Melayu ketika itu mahu diubah oleh Kerajaan PH?

BERIKUT ialah kenyataan Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Raffi yang dikeluarkan hari ini (24 Mac) berhubung perasmian tugu wira Jepun oleh Exco Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris di Alor Setar pada Khamis (21 Mac) lalu:

Tugu Negara, memaparkan sejarah seramai 11,000 asktar Melayu tumpas kepada tentera Jepun dan komunis.

Pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan, tentera Jepun diangkat sebagai Wira, wira yang akan dikenang sebagai apa pun kita tidak tahu.

Yang pastinya, Kerajaan PH terhutang budi kepada negara Jepun apabila Jepun memberikan Bon Samurai Kepada Kerajaan PH.

Adakah darah askar Melayu, darah ketua kampung, darah imam-imam yang tumpah pada kala mempertahan kedaulatan Tanah Melayu ketika itu mahu diubah oleh Kerajaan PH?

Cerita anak-anak kecil dibunuh, bini-bini orang dirogol, suami-suami orang dipancung, rakyat makan ubi kayu, semua tak boleh keluar rumah, peniaga-peniaga Cina diseksa, orang-orang india di estate tidak diberi makan, rumah dibakar.

Kerajaan PH tidak sensitif dengan pengorbanan pejuang kemerdekaan, mereka tidak senaitif dengan keganasan tentera Jepun yang menimpa rakyat Tanah Melayu ketika itu.

Kita faham, hari ini, DAP adalah dominan kepada Kerajaan PH, kenapa perlu mengikut telunjuk DAP terhadap perubahan sejarah Tanah Melayu yang mereka mahu laksanakan?

Mana pemimpin Melayu yang sepatutnya menpertahan maruah askar Melayu yang sudah terkorban, siapakah yang perlu diingati? Askar Tanah Melayu, atau tentera Jepun yang zalim terhadap rakyat Tanah Melayu!!

Makin pelik kerajaan PH ni, mungkin dalam perancangan Malaysian Malaysia, salah satunya adalah menghilangkan nama “Melayu” sebagai sejarah Malaysia, seperti mana yang dilakukan di Singapura apabila mengubah sejarah negara itu.

https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriKedah/

Leave a Reply