KUALA LUMPUR — Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini diunjurkan sebanyak RM23.61 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.35 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat juga akan menawarkan RM3 bilion tender pasaran wang konvensional lelongan matang pelbagai bagi lima hari hingga 15 hari, tender Qard bernilai RM1.9 bilion bagi tujuh hari dan RM500 juta bagi 30 hari, serta, RM715 juta tender repo berbalik bagi 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM21.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.0 bilion.

— BERNAMA

Leave a Reply