KUALA LUMPUR – Planetmahir Sdn Bhd dan Drawzania.com. akan memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) pada 19 April bagi membolehkan orang ramai mengakses kesemua 2,400 video pembelajaran Drawzania melalui platform Planetmahir.com, menggunakan teknik pembelajaran kemahiran Freehand Visualisation Skills (FVS).

Planetmahir adalah platform perkongsian kemahiran (skillsharing) secara dalam talian di dalam Bahasa Melayu pertama di dunia dan bakal dilancarkan pada 26 April ini, kata Pengasas Bersama/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hari ini.

‘Screen cap’ contoh tutorial Drawzania.

Beliau memberitahu Bebasnews, para pengajarnya terdiri daripada individu-individu berpengalaman dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Drawzania adalah platform Freehand Visualization Skills (FVS) yang diterajui oleh Rakyat Malaysia. Drawzania ialah portal FVS pertama di dunia.
Kedua-dua platform ini merupakan perintis penyertaan syarikat tempatan di pentas dunia di dalam ‘disruptive technologies’ yang merevolusikan industri pendidikan dan latihan.

– BebasNews

Leave a Reply