Gambar atas: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tengah) menyaksikan penukaran dokumen kerjasama antara Pengurus Besar merangkap Pemangku Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah (dua kiri) dan Ketua Pegawai EksekutifKumpulan Pos Malaysia Berhad, Syed Md Najib Syed Md Noor (dua kanan) dan turut menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah Pos Malaysia Berhad, Datuk Yasmin Mahmood (kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM, Mazmi Kamal di Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik ITBM-Pos Malaysia sempena #Malaysiamembaca di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. NSTP/SALHANI IBRAHIM

 

“Itu (ITBM akan ditutup) kena tanya media yang laporkan, setahu kita ITBM semakin berkembang, mereka jalin kerjasama sekarang dengan Pos Malaysia dan menjalankan usaha menyediakan bahan bacaan bagi menyemarakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat kita.

 

KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menolak dakwaan bahawa Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan ditutup.

Menurut beliau, ITBM masih berfungsi seperti biasa dengan fungsi terjemahan dan penerbitan buku di bawah kementeriannya.

“Itu (ITBM akan ditutup) kena tanya media yang laporkan, setahu kita ITBM semakin berkembang, mereka jalin kerjasama sekarang dengan Pos Malaysia dan menjalankan usaha menyediakan bahan bacaan bagi menyemarakkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran kerjasama strategik ITBM-Pos Malaysia sempena #MalaysiaMembaca di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur di sini, semalam.

Kerjasama strategik itu akan mewujudkan sudut membaca di pejabat-pejabat pos di seluruh Malaysia yang dilihat langkah terbaik bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengisi ruang masa yang ada dengan membaca.

Sementara itu, ditanya mengenai aduan ibu bapa mengenai penutupan kantin sekolah sepanjang bulan Ramadan yang didakwa menyusahkan pelajar bukan Islam, Maszlee berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu.

“Saya akan melihat perkara itu terutamanya sekolah-sekolah yang dibuat aduan,” katanya secara ringkas kepada pemberita di sini.

Sebelum ini, pemilik akaun Twitter bernama Joshua Navin dalam bahasa Inggeris menciap (tweet) kepada Maszlee dan menyuarakan kekesalannya pada hari pertama bulan puasa apabila mendakwa kantin di sekolah anaknya ditutup sepanjang bulan Ramadan.

BERNAMA

Leave a Reply