PRK Sandakan: DAP tuntut pemilik akaun FB minta maaf

0
263

“Kami tidak pernah menyerang pihak lawan kami dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan.”

 

DAP menuntut agar pemilik akaun Facebook dipercayai bekas Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kerana memuatnaik satu hantaran dalam laman media sosial itu yang bersifat perkauman dan memainkan sentimen agama.

Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Ginger Phoong Jin Zhe berkata pemilik akaun Facebook itu yang menggunakan nama “Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin” telah mengeluarkan satu hantaran yang melampau dan berniat jahat.

“Pemilik akaun ini telah mengubahsuai gambar Vivian Wong Shir Yee (calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan) yang berbaju kurung dengan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada rakyat beragama Islam.

“Pemilik terbabit telah mengedit gambar Vivian mengenakan tudung, sedangkan gambar asal Vivian tidak memakai tudung kerana beliau bukanlah seorang yang beragama Islam,” katanya pada sidang akhbar di Sandakan hari ini.

Phoong berkata biarpun hantaran itu telah dipadamkan setelah dimuatnaik untuk tempoh singkat awal pagi ini, namun satu permohonan maaf perlu dibuat oleh pemilik akaun itu.

Selain mengubahsuai gambar Wong, beliau berkata pemilik akaun itu juga mendakwa DAP kini terdesak dan panik untuk meraih undi, dan menuduh DAP membuat satu lakonan dengan mengeluarkan mesej selamat berpuasa untuk umat Islam beserta gambar calon DAP itu mengenakan tudung.

Wong menyifatkan hantaran Facebook itu sebagai satu cara berpolitik yang “toksik” dan mempersendakannya sebagai seorang bukan Islam yang menghormati masyarakat semua kaum dan agama.

“Kami tidak pernah menyerang pihak lawan kami dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga meminta agar pemangku presiden UMNO Mohamad Hasan supaya tampil meminta maaf bagi pihak UMNO kerana perbuatan anggota partinya itu.

– Bernama
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here