Oleh NAJIB SAAHARI
82.9% responden mengatakan mereka tidak akan mengundi kerajaan PH sebaliknya akan mengundi kerajaan BN-PAS pada pilihan raya terdekat. 11.6% masih lagi akan mengundi kerajaan PH dan selebihnya tidak akan mengundi.
PORTAL My2Cents ada buat survei berkenaan prestasi kerajaan PH, seramai 34,899 orang mengambil bahagian di dalam survei tersebut.
92.4% daripada yang mengambil bahagian di dalam survei adalah orang Melayu. 56.4% merupakan golongan berumur 25-40 tahun, 30.2% golongan berumur 40-60 tahun, 9.3% golongan berumur di bawah 25 tahun dan bakinya merupakan golongan berumur 60 tahun ke atas.
82% lelaki mengambil bahagian di dalam survey dan 18% perempuan.
Secara umumnya 76.7% merasakan kerajaan sekarang lebih teruk daripada kerajaan terdahulu, hanya 12.5% merasakan kerajaan sekarang lebih baik dan selebihnya 10.8% merasakan tiada perubahan.
Ini MUNGKIN kerana majority yang mengambil bahagian di dalam survey merasakan kerajaan sekarang gagal menunaikan janji pilihan raya. Sebanyak 78.9% merasakan janji pilihan raya tidak ditunaikan, 18.8% merasakan hanya sebahagian janji berjaya ditunaikan dan hanya sekitar 2.3% merasakan janji pilihan raya berjaya ditunaikan.
Bagaimana pula dengan kos sara hidup?
Sebanyak 78% merasakan kos sara hidup tidak berkurang, 9% merasakan kos sara hidup berkurang dan 12.9% merasakan kos sara hidup masih lagi sama.
Majority juga beranggapan kerajaan PH gagal untuk membela rakyat. Sebanyak 81.9% merasakan kerajaan PH gagal membela rakyat, 9.2% merasakan rakyat terbela dan selebihnya tidak pasti sama ada nasib mereka terbela ataupun tidak.
Berkenaan dengan keadaan ekonomi keluarga, sebanyak 72.7% responden merasakan ekonomi keluarga mereka bertambah buruk, 21.3% merasakan tiada perubahan dan 6% merasakan keadaan ekonomi mereka bertambah baik.
Untuk keadaan ekonomi negara, 83.2% merasakan ekonomi negara bertambah buruk, 9% tidak pasti dan 7.7% responden merasakan keadaan ekonomi negara bertambah makmur.
Gred yang diberi responden kepada kerajaan Malaysia Baharu ini, 60.8% memberi gred E, 18.9% memberi gred D, 10% memberi gred C dan selebihnya B dan A.
Kita boleh simpulkan hanya sekitar 22% memberi gred lulus dan ke atas.
Seramai 82.9% responden mengatakan mereka tidak akan mengundi kerajaan PH sebaliknya akan mengundi kerajaan BN-PAS pada pilihan raya terdekat. 11.6% masih lagi akan mengundi kerajaan PH dan selebihnya tidak akan mengundi.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2642463972450041&id=100000593935982
PENAFIAN : Tulisan ini merupakan pendapat penulis dan tidak mencerminkan pandangan serta pendirian Bebasnews.my.
— BebasNews.my