Gambar: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil 3/2019 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Turut kelihatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

 

 

PUTRAJAYA– Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan tidak mengetahui tentang penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri tersebar hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau baharu sahaja mendengar mengenai perkara itu.

“Saya tidak tahu tau apa pun , saya baharu dengar, saya kena bacalah dulu.

“Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil 3/2019 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama , Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Turut disebarkan beberapa video menunjukkan individu itu mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki kelihatan melakukan oral seks terhadap ‘menteri’ berkenaan.

—Berita Harian

 

Leave a Reply