Gajah liar mati dilanggar treler

0
177
SEEKOR gajah mati ditempat kejadian selepas dirempuh sebuah lori bermuatan biji besi di Kilometer (KM) 44 Jalan Kuala Berang ke Aring. /IHSAN POLIS

 

HULU TERENGGANU — Seekor gajah liar mati selepas dirempuh sebuah treler dengan muatan bijih besi dalam kejadian di Kilometer 44 Jalan Kuala Berang-Aring di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika pemandu treler, Emyhaizi Ahmad, 32, dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Pelabuhan Kemaman untuk menghantar bijih besi.

Beliau berkata ketika sampai di tempat kejadian, sekumpulan gajah liar tiba-tiba keluar dari kawasan hutan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan berkenaan yang melintas di laluan tersebut.

“Keadaan cuaca pada waktu kejadian baik tetapi jarak terlalu dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak kumpulan gajah liar berkenaan. Rempuhan kuat itu menyebabkan seekor gajah terperosok di bahagian tayar belakang bawah kepala treler lalu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Bagaimanapun pemandu berkenaan yang berasal dari Kampung Langkap, Setiu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata usaha mengalih bangkai gajah tersebut berjaya dilakukan menggunakan sebuah lori, dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

— BERNAMA

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here