Nasib angkat berat diketahui  bulan depan

0
83

JOHOR – Nasib sukan angkat berat sama ada akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2020 hanya akan diketahui dan dimuktamadkan bulan depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pada masa ini status sukan tersebut masih bersifat ‘KIV’.

“Sukan angkat berat seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma masih lagi KIV. Kita telah pun membincangkan ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

“MSN dan Urus setia Sukma telah diberi amanah untuk berbincang dengan PABM. Kita telah pun berbincang dengan mereka dan beberapa langkah positif sudah diambil, insya-Allah kita akan bentangkan semula kepada jawatankuasa itu pada September untuk diputuskan sama ada angkat berat akan dimasukkan atau tidak dalam Sukma 2020,” katanya

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Logo dan Maskot Sukma 2020 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal di Senai hari ini.

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, status sukan angkat berat dalam Sukma 2020 di Johor masih KIV.

Perkara itu dipercayai dibuat kerana sukan berkenaan sering terpalit isu doping.

Ahmad Shapawi berkata, terdapat beberapa cadangan lain yang akan dikemukakan kepada pihak urusetia.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here