Datuk hamili anak angkat 15 tahun

0
96
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

SEORANG datuk dikenali sebagai HS berusia 71 di Bogor, Jawa Tengah ditangkap setelah dipercayai menghamili anak angkat dikenali sebagai EP, 15 tahun.

Gadis berkenaan akhirnya meninggal dunia di Hospital Rawalumbu bersama-sama janin berusia 6 bulan dalam kandungannya sehari sebelum HS ditangkap polis, lapor Serambi News.

“EP hamil 6 bulan, dan mengeluh sakit. Ketika dibawa ke hospital. Gadis itu dan anaknya meninggal dunia,” kata Ketua Hubungan Masyarakat (Humas) Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Kota Bekasi, Erna Rusing Andari.

Sementara itu, bekas Ketua Komisi Perlindungan Anak Daerah (KPAD) Kota Bekasi Sopar Makmur berkata, gadis dan janinnya meninggal akibat pendarahan teruk.

EP dibiayai persekolahannya oleh HS dan perbuatan tidak bermoral itu dipercayai berlaku sejak Disember 2018.

Berdasarkan keterangan polis, HS kerap berpura-pura minta diurut oleh EP yang tinggal serumah dengannya.

Dalam pengakuannya, HS mengaku mengancam akan mengusir mangsa jika enggan menuruti keinginannya atau memberitahu apa yang berlaku kepada jiran tetangga.

EP telah tinggal bersama HS sejak tahun 2017 pada usia 13 tahun apabila ibu mangsa menyerahkannya untuk dijaga kerana terpaksa bekerja di luar negara.

HS berdepan dakwaan memperkosa budak bawah umur dan boleh dihukum penjara hingga 15 tahun dan denda Rp15 bilion (RM450,000).

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here