Dibuang sekolah kerana gemuk

0
105

BEIJING — Seorang budak lelaki berusia 15 tahun didakwa dibuang sekolah kerana terlalu gemuk.

Mail Online melaporkan, Xiaoxiong yang berasal dari wilayah Hunan memiliki berat badan mencecah 150 kilogram iaitu hampir tiga kali ganda purata berat badan kanak-kanak seusianya.

Keluarganya mendakwa, Xiaoxiong mendaftar di sebuah sekolah berasrama di Changsha tetapi dipaksa berhenti dengan alasan keadaan fizikalnya.

Bapa saudara Xiaoxiong berkata, pihak sekolah mengadu remaja itu sering tertidur dan berdengkur dengan kuat ketika di dalam kelas.

Pihak pengurusan sekolah juga mendakwa Xiaoxiong mengalami masalah dengan pernafasannya.

Keluarga Xiaoxiong diminta membawa pelajar itu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan tetapi doktor mengesahkan dia sihat untuk meneruskan persekolahan.

Bagaimanapun, pihak sekolah tetap dengan keputusan tidak menerima Xiaoxiong dengan alasan kesihatan.

 

http://bit.do/e8hmA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here