Bekas isteri Jamal kahwin tahun depan

1
4735
Oleh NAFSIAH JANI

 

SETELAH 13 tahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri ketiga penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah, Fatimatuzahra Samat,36 tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula demi membesarkan anak tunggalnya, Ahmad Zaki Yamani,13.

Fatimatuzahra atau mesra dengan panggilan Ima lebih senang bersendirian demi memastikan anaknya mendapat sepenuh kasih sayang walaupun tidak mempunyai bapa untuk sama-sama membesarkannya.

Kesempatan bertemu dengan Ima baru-baru ini memberi peluang Bebasnews bertanyakan statusnya sekarang ini.

“Lepas bercerai tahun 2006 saya tak terfikir nak kahwin lagi. Saya lambat kahwin bukan kerana takut gagal kali kedua atau trauma dengan perkahwinan lalu. Waktu itu, saya hanya fikir nak besarkan Zaki dan beri kasih sayang yang tidak berbelah- bahagi kepadanya.

“Lebih kurang setahun lalu barulah saya buka hati ini untuk menerima cinta lelaki dalam hidup ini. Tak sangka saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga merupakan seorang duda. Kami sama-sama terlibat dalam dunia perniagaan dan ini membuatkan hubungan kami semakin rapat kerana dia banyak membantu memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

“Selain itu dia juga seorang lelaki yang baik,bertanggung jawab dan orangnya lebih ke arah keagamaan. Inilah ciri-ciri lelaki yang saya cari selama ini yang boleh membimbing saya dan Zaki kearah kebaikan,’’ kata Ima lagi.

Perkenalan lebih setahun ini membuatkan Ima, anak kelahiran Pontian, Johor ini sudah bersedia untuk berkahwin semula. Buat masa ini Ima masih mencari keserasian antara anaknya bersama lelaki pilihan hatinya ini.

“Saya masih tunggu Zaki dan teman baru saya ini serasi dulu. Saya buat begitu sebab saya tak mahu Zaki rasa tersisih kerana dia seorang budak yang sensitif. Sebagai ibu saya kena menjaga hatinya juga. Kalau okey semuanya, mungkin tahun depan kami akan berkahwin,’’ ujar Ima lagi.

Fatimatuzahra berkahwin dengan Datuk Jamal Abdillah ketika usianya 20 tahun. Fatimatuzahra yang berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan isteri ketiga Datuk Jamal Abdillah sebelum mereka bercerai pada tahun 2006.

Selain Ahmad Zaki Yamani, Datuk Jamal juga mempunyai seorang lagi anak lelaki Osama Yamani (kini menuntut di ASWARA) yang merupakan anak daripada isteri keduanya dan bakal menimang anak ketiga bersama isteri keempatnya.

 

Hujung tahun ke London

Setiap kali cuti persekolahan yang panjang, Ima lebih senang membawa Zaki melancong ke negara-negara Eropah. Walaupun sudah beberapa kali bercuti ke Kota London namun London juga tetap menjadi pilihan Ima untuk melancong pada hujung tahun ini.

Zaki kini menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal Luar, Kajang. Sebelum ini mereka sudah melancong ke Paris, Amsterdam, Belgium, Jerman dan Switzerland.

“Selain negara-negara berdekatan seperti Thailand dan Hong Kong saya gemar membawa Zaki bercuti ke negara-negara Eropah. Selalunya kami berdua akan bercuti selama dua minggu. Negara Eropah jadi pilihan kerana saya nak dia tengok dunia dan kenali budaya luar. Diharap pengalaman ini akan membuka mindanya untuk bersikap lebih terbuka,’’ tambah Ima lagi.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here