Tiada agenda liberal, 2 juri UiTM mohon maaf tajuk debat singgung perasaan

0
409
FOTO: Facebook

 

DUA ketua juri pertandingan debat yang dikritik pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan berkata, tajuk mengenai agama dan orientasi seksual hanya andaian semata-mata.

“Usul ini di bawah kategori usul hipotesis, di mana pembahas – jika membahaskan usul itu – perlu membayangkan dunia khayalan di mana usul itu akan berlaku,” kata Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, ketua juri Pertandingan Debat Piala Tun Razak (PTR) yang diadakan di sebuah sekolah menengah Ahad lepas.

Kontroversi tercetus disebabkan dua usul mengenai ulama “sederhana” menulis semula al-Quran dan kedudukan Islam mengenai homoseksual.

Aidil dan Iyad menafikan mereka tampil dengan tajuk itu untuk mengindoktrinasikan pembahas muda atau mengetengahkan agenda liberal.

Kedua-duanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagaimanapun memohon maaf jika debat itu menyinggung perasaan.

“Kami akan menjadikannya pengajaran dan memastikan usul sedemikian dielakkan dalam PTR pada masa depan.”

Mereka berkata, tajuk itu tidak akan mengancam Islam dan ia adalah matlamat bagi mana-mana debat untuk menggalakkan peserta berfikir secara kritis dan di luar kelaziman.

“Tambahan, ada banyak pertandingan debat di luar sana yang memerlukan pembahas untuk membahaskan usul lebih kontroversi.

“Oleh itu, kami fikir lebih baik mendedahkan pembahas muda kepada usul seperti ini supaya mereka menyedari realiti wacana yang akan mereka hadapi dalam pertandingan debat lain dan memahami jenis topik yang mungkin mereka hadapi tanpa perlu menjejaskan kepercayaan dan agama mereka.”

Semalam, Kementerian Pendidikan berkata, ia sedang mempertimbangkan tindakan terhadap dua pelajar UiTM itu susulan aduan mengenai tajuk debat berkenaan.

UiTM pula berkata, ia tidak tahu pembabitan pelajarnya dalam pertandingan debat itu.

http://bit.do/fcYwT
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here