Hishammuddin nafi desak tubuh kerajaan tanpa DAP, Amanah

1
258
FOTO: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.

 

AHLI Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussien berkata adalah mengarut apabila beliau dituduh mendesak pembentukan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.

Bekas naib presiden Umno itu didakwa mempromosikan politik berdasarkan kaum menerusi penulisannya yang disiarkan di akhbar baru-baru ini, dan Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan bersama berkata beliau patut menghentikan usaha seumpama itu.

Bercakap kepada wartawan di Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata tidak ada isi kandungan seperti itu dalam tulisannya.

“Di mana ada saya kata dalam tulisan saya bahawa kami mahu mengetepikan DAP dan Amanah?

“Di mana saya cakap tentang politik perkauman? Saya bercakap tentang perpaduan. Jadi, sama ada mereka tidak baca tulisan saya atau sengaja mengabaikannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau melihat PH sebagai kerajaan yang kuat sekarang, Hishammuddin berkata ada isyarat menunjukkan keadaan tidak begitu baik untuk pakatan pemerintah, menambah tidak guna menjadikan beliau sebagai sasaran.

“Jika mereka kuat, kenapa mereka sasarkan kepada Sembrong.

“Ini isyarat yang keadaan tidak baik untuk mereka. Mereka perlu selesaikan.

“Kami tidak akan membenarkan Barisan Nasional, Umno atau Sembrong jadi kambing hitam untuk masalah dalaman mereka,” kata Hishammuddin.

Semalam, PH menggesa Hishammuddin dan “rakan-rakannya” berhenti membawa idea penubuhan kerajaan tanpa DAP dan Amanah.

http://bit.do/fc2y8
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here