Gara-gara Wong, Universiti Malaya tercemar — kata mantan NC

Oleh Datuk Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob dan Adi Sukma

MAHUKAH anda sebagai seorang ibu atau bapa melihat anak anda yang baru sahaja menerima skrol ijazahnya di atas pentas di hadapan pembesar-pembesar Universiti, Profesor-profesor yang telah mengajar anak anda, ibu bapa yang lain serta graduan-graduan yang berada di dewan itu, melakukan perkara biadap seperti yang telah dilakukan oleh Wong Yan Ke?

Dia telah menunjukkan plakad berbunyi ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’, dan kemudiannya menjerit-jerit ‘Ini Tanah Malaysia?’

Kalau anda orang terhormat dan faham bahawa kebebasan bersuara bukannya bebas daripada sebarang had dan boleh dilakukan di mana saja, tentu saja anda tidak bersetuju dengan perlakuan Wong itu.

Di luar dewan pula Wong mempamerkan plakad yang disangkut pada lehernya dan menyuruh Naib Cansellor (NC atau VC) Universiti Malaya Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hashim meletak jawatan sambil menuduhnya sebagai ‘being a political puppet, infringing academic freedom, promoting racism and hatred, failing to protect student’s commitment right, failing to solve UM’s financial crisis.’

Salah satu daripada puncanya ialah kerana Naib Canselor itu telah menghadiri dan memberi ucapan pada Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019.

Sukalah kami menangkis tuduhan Wong itu.

Bagaimanakah boleh Wong mengatakan Naib Canselor itu telah menjadi boneka politik sedangkan dia tidak mempunyai bukti mengenainya.

Bagaimana kalau ada yang menuduh Wong sendiri telah melakukan perkara biadap itu kerana dia adalah boneka kepada sesuatu politik? Sukakah dia dan bolehkah dia menerimanya?

Sebagai seorang Naib Canselor, beliau mempunyai kewajipan untuk “mengangkat penyebaran ilmu dan warcana ilmiah sebagai agenda lazimnya. Atas dasar itu jugalah Kongres Maruah Melayu dianjurkan oleh Universiti Malaya, iaitu sebagai sebuah warcana akademik bagi mengenal pasti, membincang dan mencadangkan resolusi kepada pelbagai cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu hari ini…(Pengerusi Lembaga Pengarah UM 19.10.2019 )”.

Itulah yang telah dilakukan oleh Naib Canselor itu.

Wong mendakwa Naib Canselor itu ‘infringing academic freedom’, (menceroboh kebebasan akademik). Kami tidak nampak bagaimana ini telah dilakukan oleh Dr Rahim. Apakah yang telah dicerobohinya?

Dakwaan ketiga oleh Wong yang mengata Naib Canselor ‘promoting racism and hatred’, (mempromosi rasisme dan kebencian) adalah tersangat melampau.

Naib Canselor itu telah menghadiri KMM dan memberi ucapan yang khas untuk khalayak Melayu Bumiputera untuk memperbaiki diri mereka. Tidak sekalipun beliau melemparkan kata-kata yang tidak baik kepada bangsa-bangsa lain.

Apakah ini rasisme atau kebencian terhadap sesiapa, khususnya kepada bangsa Wong?

‘Failing to protect student’s commitment right’
Apakah hak konstitusional pelajar yang telah gagal dilindungi oleh Naib Canselor seperti yang didakwa oleh Wong itu.

Wong sendirilah yang telah melanggar hak Majlis Adat Istiadat Konvokesyen apabila dia berkelakuan biadap pada majlis itu.

Mengenai tuduhan yang kelima ‘failing to solve UM financial crisis’, (gagal untuk menyelesaikan krisis kewangan Universiti Malaya), apakah Wong tidak mengetahui bahawa peruntukan kewangan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk diberikan kepada universiti awam atau universiti milik kerajaan?

Kalau kerajaan tidak mempunyai banyak wang seperti yang kita dengar diuar-uarkan pada waktu ini, maka rumitlah Universiti Malaya untuk menyelesaikan setiap masalah kewangan yang timbul.

Kami berharap Wong sedar bahawa dia belajar di Universiti Malaya dengan hanya membayar sedikit sahaja yuran pengajian, berbanding dengan pelajar-pelajar di universiti swasta.

Pada kebiasaannya apabila seseorang menfitnah seseorang yang lain, maka sebenarnya dia telah menburuk dan menjatuhkan maruah orang yang difitnahnya itu. Orang yang terfitnah itu kebiasaannya akan mendakwa di mahkamah orang yang menyebar fitnah itu. Nama baik Naib Canselor sudah dicemari oleh Wong.

Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Ir. (Dr) Abdul Rahim Hashim telah berucap pada KMM tanpa menyentuh sensitiviti bangsa-bangsa lain, apatah lagi menghina mereka.

Beliau hanya mahu memberi perangsang dan mengingatkan bangsa Melayu supaya hidup berjaya dalam negara bersama dengan rakyat yang lain.

Mengapa pula niat dan ucapan ini telah diputarbelitkan menjadi satu musibah terhadap beliau.

Hasrat Naib Canselor untuk memperbaiki taraf hidup bangsanya supaya dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini, untuk memenuhi hasrat kerajaan yang mahukan ‘shared prosperity” (kemakmuran bersama) dinikmati oleh semua rakyat.

Dalam ucapannya itu
tidak sekali pun beliau menyakiti hati bangsa lain, apatah menghina bangsa Wong.

Wong tak perlu buat kempen kepada orang ramai supaya Naib Canselor berundur. Mereka tiada kuasa. Yang ada kuasa ialah Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Wong pergilah jumpa beliau, buat desakan atas tuntutan awak itu.

Tetapi Menteri itu juga hadir pada Kongres Maruah Melayu itu.

Perdana Menteri pun hadir, bersama menteri-menteri kerajaan Melayu, juga wakil-wakil daripada parti pembangkang.

Apakah mereka ini semuanya rasis?

Kami sarankan supaya Wong bacalah teks ucapan Naib Canselor itu dengan minda terbuka dan sebagai lulusan universiti.

BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here