Faridah jadi calon ‘bidan terjun’ PRK Tg. Piai

1
639
FARIDAH Aryani Abd. Ghaffar

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

PONTIAN – Kelibat seorang calon Bebas, Faridah Aryani Abd. Ghaffar, 45, di Dewan Jubli Intan, di sini menarik perhatian ramai, hari ini.

Ini kerana pada mulanya dianggap bertanding sebagai calon bebas yang sengaja ingin mencuba nasib, namun sebenarnya beliau merupakan calon bidan terjun bagi menggantikan ‘bosnya’,  Pengasas Teksi Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mengalami serangan jantung dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Saya hanya dimaklumkan malam tadi bagi menggantikan tempat Datuk,” katanya ketika ditemui media selepas proses penamaan calon.

Ibu tunggal itu  bertanding untuk membawa suara golongan pemandu teksi, kereta sewa, e-hailing serta B40 di negara ini.

Namun, anak jati Tanjung Piai  yang mempunyai empat orang anak itu kelihatan seperti tidak ‘bersedia’ sebagai calon dan hanya bertanding semata-mata untuk menggantikan tempat ketuanya yang dicadangkan oleh GabunganTeksi SeMalaysia (GTSM).

Faridah juga mengakui tidak mempunyai manifesto khusus dalam kempennya, tetapi hanya ingin memberikan pilihan kepada kira-kira 53,000 pengundi Tanjung Piai.

Malah, Faridah agak terlalu optimis apabila menyatakan akan berusaha  untuk menarik 80 peratus sokongan pengundi.

Selamat berkempen dan semoga maju jaya.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here