Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

PONTIAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bakal berlangsung meriah apabila menyaksikan pertandingan enam penjuru, termasuk dua calon Bebas.

Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Karmaine Sardini ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng,  GERAKAN diwakili S. Wendy, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) oleh Datuk Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz dan dua calon Bebas, Dr. Ang Chuan Look dan Faridah Aryani Abd. Ghaffar.

Nama-nama calon yang diterima bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Zulkifly Mohd. Tahir tepat pukul 11 pagi di Dewan Jubli Intan, do sini selepas tamat masa bantahan.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnyq, Datuk Dr. Mohd. Farid Md. Rafik, 42, daripada BERSATU pada 21 September lalu akibat serangan jantung.
Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Mohd. Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK Tanjung Piai ini adalah pilihan raya yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei 2018.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here