Bertemu Zirafah, permintaan aneh pesakit kanser

0
226

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

PERMINTAAN yang dibuat seseorang yang sedang sakit tenat , umumnya akan cuba ditunaikan sebaik mungkin oleh orang disekitarnya.

Biarpun permintaan tersebut agak aneh ataupun terasa mustahil untuk dilaksanakan.

Itulah permintaan seorang petugas zoo yang sedang dalam keadaan tenat akibat penyakit kanser yang dideritanya, lapor Grid.id.co
Lelaki bernama Mario tersebut meminta dirinya dibawa ke zoo tempat dia bekerja.

Di sana, dalam keadaan terbaring, lelaki berusia 54 tahun itu meminta untuk dibawa ke kandang zirafah.
Tidak disangka, perkara menakjubkan terjadi ketika seekor zirafah menghampiri Mario. Haiwan itu mendekati dan menundukkan mukanya sebelum mencium wajah Mario seolah-olah turut sama bersedih.

Beberapa orang yang hadir, termasuk kumpulan doktor, terharu dan menangis melihat peristiwa yang terjadi di depan mata mereka.

Menurut kawan-kawan, Mario selalu bercakap tentang zirafah ini dan mengatakan dia memiliki perasaan yang mendalam terhadap haiwan itu.
Ternyata Mario cukup gembira dengan hajatnya telah tertunai.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here