GAMBAR ATAS: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kanan) merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang saling berbisik bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong pada sesi Sidang Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. –fotoBERNAMA 

 

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini mengumumkan bahawa beliau kini kembali menjalankan tugas sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu.

Katanya keputusan itu dibuat setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Menteri Besar menyokong saya supaya kembali bertugas seperti biasa. Semua penugasan pentadbiran akan kembali seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, Yong mengumumkan setuju untuk bercuti daripada tugasan rasminya bagi menumpukan perhatian kepada perbicaraan kes rogol yang dihadapinya bermula 11 Nov lepas.

Sebelum itu, pada 22 Ogos, Ahmad Faizal menasihati Yong supaya bercuti daripada tugasan rasmi beliau bagi menghormati proses undang-undang.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata pihaknya tidak campur tangan dalam menentukan sama ada Yong boleh menjawab soalan dalam persidangan DUN atau tidak kerana mengumumkan bercuti sebelum ini.

“Dari segi undang-undang, Yong masih ADUN Tronoh, masih Exco, Menteri Besar yang tentukan siapa untuk jawab mana-mana soalan, Menteri Besar yang buat keputusan, saya hanya mempengerusikan majlis (persidangan) sahaja,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan DUN Perak di sini, hari ini.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here