Oleh AHMAD TARMIZI ABDUL RAHIM

ALHAMDULILLAH semakin ramai wanita Muslim di negara ini mempunyai kesedaran untuk menjaga aurat.

Bagaimanapun masih ramai yang tidak menepati spesifikasi sepatutnya. Setiap sesuatu itu perlu mematuhi “buku panduannya”, bukannya main hentam kromo.

Contoh mudah ialah telefon bimbit canggih berharga ribuan ringgit yang dibeli, peranannya untuk berkomunikasi bukan sebaliknya.

Namun tidak salah untuk pemilik menggunakannya untuk membaling anjing atau sebagai penyendal tayar kereta semasa parkir di kawasan berbukit. Ia tidak salah tapi sedikit kurang wajar.

Dalam kes isu utama menutup atau menjaga aurat, kita sebagai makhluk Allah tidak boleh mentafsir sewenang-wenangnya mengikut nafsu sendiri. Walau sesiapa pun kita, wajib mematuhi “buku panduan” yang dibekalkan oleh Pencipta kita, Allah.

Ramai dalam kalangan wanita bukannya menutup aurat tapi sebaliknya membalut aurat.

Bahagian atas elok memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek, baju dan seluar atau kainnya pula terlalu ketat hingga menampakkan susuk tubuh.

Berpakaian tetapi telanjang!.
Jom sama-sama berdoa agar kebejatan ini tidak berlaku terhadap isteri, anak-anak, ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan. Amin..

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here