Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

RUSIA telah meluluskan rang undang-undang untuk mengharamkan penjualan gajet yang tidak menggunakan perisian buatan Rusia.

Undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan pada Julai 2020 dan meliputi telefon pintar, komputer dan TV pintar.

Menurut bbc.com, penyokong undang-undang itu berkata ia bertujuan untuk mempromosikan teknologi Rusia dan juga bagi memudahkan penduduk Rusia menggunakan gajet yang mereka beli.

Bagaimana pun, terdapat kebimbangan tentang kebarangkalian pemantauan data peribadi rakyat dan juga kemungkinan firma-firma teknologi akan menarik diri daripada pasaran Rusia.

Undang-undang tersebut tidak bermakna gajet dari negara lain tidak boleh dijual dengan perisian standard, tetapi semuanya perlu dilengkapkan dengan perisian alternatif buatan Rusia.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh parlimen Rusia semalam.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here