Anwar jadi PM tak mampu selamatkan negara – Umno

0
316

PERALIHAN kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak memberi kesan terhadap perubahan negara ke arah yang lebih baik.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, berkata Anwar yang juga presiden PKR tidak mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran melainkan banyak retorik.

“Dalam soal peralihan kuasa Mahathir terperangkap, bagi kepada Anwar keadaan tidak akan berubah, (Anwar) tidak ada rekod cemerlang, melainkan retorik.

“Dalam keadaan ekonomi negara hari ini, Mahathir kena tanya pada diri apakah Anwar mampu menjadi penyelamat?

“Anwar tidak boleh menjadi penyelamat kepada negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, media melaporkan Anwar dan DrMahathir sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman serta teratur.

Presiden PKR dan perdana menteri itu juga mencapai persetujuan bahawa, peralihan kuasa akan dilakukan dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama.

Dalam pada itu, Anwar yang juga MP Port Dickson menegaskan, beliau dan Mahathir juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang daripada persetujuan tersebut atau menggunakan nama mereka berdua dalam mana-mana muslihat lain.

“Pendirian Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh PH dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri,” kata Anwar dalam kenyataan.

Sementara itu, Annuar berkata kemenangan BN dengan majoriti besar di Tanjung Piai baru-baru ini sudah pun dijangka.

Beliau berkata, kemenangan calon BN bukan disebabkan undi protes pengundi Tanjung Piai terhadap kerajaan PH.

“Kalau kita perhalusi undi yang diperoleh setiap pusat daerah mengundi (PDM) kita letak sasaran, ia mencapai sasaran yang kita letak.

“Kalau undi protes kita akan dapat di luar jangka, undi Melayu bukan protes tapi penerimaan terhadap penyatuan ummah.

“Pengundi Cina bagi sokongan berdasarkan prestasi Wee Jeck Seng sebelum ini,” katanya.

Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 16 Nov lalu, calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15, 086 undi menewaskan calon PH, Karmaine Sardini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikut kematian penyandangnya, Md Farid Md Rafik 20 Sept lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/500906
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here