Trump melalut di TV

0
302

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

DALAM wawancara menerusi telefon bersama rancangan TV ‘Fox & Friends” semalam, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mahukan perbicaraan penuh di hadapan senat sekiranya Dewan Perwakilan mengundi untuk memecat beliau.

Wawancara yang dianggap oleh media Amerika sebagai panjang lebar dan melalut itu disiarkan setelah Jawatankuasa Perisikan mengakhiri hari ke-5 pendengaran awamnya pada Khamis.

Menurut CNN, Trump memberitahu “Fox & Friends” bahawa selain perbicaraan di depan Senat yang memerlukan keterangan oleh Hunter Biden, anak bekas naib presiden Amerika Joe Biden Biden, anggota kanan parti Demokrat , Adam Schiff, dan seorang ahli komuniti perisikan yang mendedahkan isu yang mengheret Trump ke dalam kancah kontroversi ini.

Fasa pendengaran selanjutnya akan menyaksikan Schiff mengemukakan laporan penyiasatan kepada Jawatankuasa Kehakiman Dewan yang akan memutuskan sama ada akan memulakan proses pemecatan ke atas Trump.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here