Anak mahu digugurkan, ternyata miliki IQ tinggi

0
240

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

KASIH sayang ibu kepada anak memang sepanjang masa. Begitulah cerita tentang cinta seorang ibu berasal dari Hubei, China, bernama Zou Hongyan.

Menurut laporan yang dipetik Intisari Online, Zou memiliki seorang anak bernama Ding Ding, 29, yang dilahirkan cacat atau mengalami cerebral palsy.

Ketika mengandung Ding Ding, doktor pada ketika itu menyarankan Zou mengugurkan anaknya kerana sia-sia sahaja untuk melahirkan Ding Ding.

Doktor memberikan alasan, Zou nanti akan membesar sebagai anak yang memiliki berkecerdasan akal yang rendah (IQ rendah).

Malah suami Zou bersetuju dengan pandangan doktor itu dan minta kandungan itu digugurkan.

Suaminya mendakwa anak itu akan mengaibkan keluarga tetapi Zou mengambil keputusan sebaliknya sehingga akhirnya pasangan itu bercerai.

Untuk membesarkan anaknya, Zou melakukan pelbagai kerja termasuk agen insurans, selain bekerja di sebuah institut pengajian tinggi.

Di waktu lapang, Zou tanpa jemu membawa Ding menjalani terapi dan mengajar anaknya dengan permainan yang melatih kecerdasan, seperti teka teki.

Zou tetap yakin, anaknya mampu juga menjadi seperti mana manusia lainnya. Dia tekun melatih Ding.

Contohnya, Ding tidak boleh makan menggunakan penyepit kerana saraf tangan dan otaknya sangat lemah tetapi Zou tetap mengajar Zou untuk makan menggunakannya.

“Aku tidak mahu dia malu dengan kekurangan yang dia miliki,” kata Zhou.

Hasil jerih payah Zou membesarkan Ding Ding berbalas anaknya berjaya mendapat ijazah dari Peking University, China pada 2011.

Ding Ding kemudian melanjutkan ke peringkat Sarjana dalam jurusan Undang-Undang Antarabangsa sebelum memperolehi PhD dari Harvard University.

Ding Ding menyatakan ibunya adalah guru yang terbaik baginya.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here